:
PENGENALAN
Share:


MUQADDIMAH

Segala puji dan puja hanya ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli bait, para sahabat dan mereka yang memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.
Sungguh setiap manusia terlahir dalam keadaan tak berilmu, oleh karenanya Allah mengutus para nabi dan rasul ke muka bumi ini salah satunya adalah sebagai sumber keilmuan. Berabad-abad tahun yang lalu, melalui lisannya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah mengembangkan tugasnya dalam menyampaikan risalah kebenaran dan meyebarkannya. Seperti yang telah dilakukan oleh rasul-rasul sebelumnya, firman Allah swt di dalam surah al al alaq ayat 1 yang bermaksud “ bacalah dengan nama tuhan Mu yang menciptakan”.


Memiliki ilmu pengetahuan menjadi asas penting menjalankan tugas sebagai khalifah kerana menjadi sukar seseorang yang tidak berilmu melaksanakan apa yang diperintahkan dengan sempurna. Menjadikan kewajipan bagi setiap umat Islam sentiasa mencintai pembelajaran dengan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan mana mana pihak, dimanapun tempatnya sama ada di masjid, surau dan tempat kerja bahkan di kelas pengajian secara online.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan tidaklah (betul dan elok) orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)." (Surah at-Taubah, ayat 122)

Sabda Rasulullah SAW: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan."
Dengan itu, penubuhan DARUS SYATIRE juga ialah hasil kesedaran bahawa generasi kita, pada zaman yang penuh mencabar ini, mampu membina sebuah tamadun yang unggul dan terbilang, seperti yang pernah dicapai pada zaman kegemilangan para ilmuan islam yang mana kehidupan mereka sentiasa hidup dengan ilmu. Justeru impian besar ini akan dipikul bersama para jemaah atau siapa yang bakal menyertai DARUS SYATIRE.
Semoga DARUS SYATIRE akan terus berkembang dengan kemajuan ummah dalam era yang mencabar ini.