بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi Pusat Pengajian Darus-Syatirie

SUMBANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PENGAJIAN DARUS-SYATIRIE

Kedatangan Tuan Guru Haji Zulkiflie Bin Hj Mohd Sohaimi hafizahullah melawat murid beliau al-Fadhil Ustaz Amirul Asyraf Bin Hj Ab Aziz Hafizahullah adalah bertujuan mendoakan dan memberikan semangat kepada al-Fadhil Ustaz bagi meneruskan usaha membina Pusat Pengajian Darus-Syatirie ini.
Beliau begitu optimis dan mendoakan agar Darussyatirie ini diberikan kebaikan dan kejayaan.
Beliau berpesan kepada al-Fadhil Ustaz Amirul agar terus istiqamah dan perlu banyak bersabar dengan segala ujian yang akan datang.Niat yang baik akan sentiasa mendapat bantuan dan nazrah daripada Allah Taala
Semoga Allah taala memuliakan dan memberkati Tuan Guru sekeluarga serta memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada beliau.
Semoga Darussyatirie ini diberikan keberkatan berkat doa dan baik sangka para Ulama, Auliya' dan Solihin.
_________________________________________________
Boleh terus menyumbang melalui akaun :
*558051396814*
*MAYBANK*
*PUSAT PENGAJIAN DARUS-SYATIRIE*
*(Dana Pembangunan)*
*WAJIB* maklumkan resit kepada untuk tujuan rekod ;
*01115443381*
*Ustaz Amirul*
*Mudir Darussyatirie*
http://www.wasap.my/601115443381/Darussyatirie
Marilah sama-sama kita bantu pusat pengajian ini, mudah-mudahan kita menjadi ianya bukti cinta kita kepada Allah dan Baginda Nabi ﷺ di akhirat kelak.
______________________________________________
Alamat Darussyatirie ;
Lot 21900,Jalan Tok Jana 5 Kampung Bukit Jana, Kamunting,Perak.
Facebook - Like - Follow First 👇🏻
https://www.facebook.com/PusatPengajianDarus-Syatirie/
Web Site 👇🏻
http://darussyatirie.edu.my
Tiktok: -Follow👇🏻
tiktok.com/@darussyatirie
Sebarang jemputan ceramah ;
Sila hubungi 0105359499
http://www.wasap.my/60105359499/Jemputan

LAGI

INFAQ PEMBANGUNAN PUSAT PENGAJIAN DARUS-SYATIRIE

Pembinaan bangunan DARUS SYATIRE dan infrastruktur berkenaan di atas sebidang tanah yang telah diwaqafkan kepada pusat ini dengan keluasan 45 X 70.
Pembinaan bangunan serta menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap mampu membina imej baru yang lebih berdaya saing dengan aliran sistem pendidikan perdana Negara. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa pembangunan DARUS SYATIRIE begitu optimis terhadap pendidikan formal Islam dan seterusnya dapat meyakinkan masyarakat tentang pendidikan formal Islam. Cadangan pembinaan ini seiring dengan visi dan misi DARUS SYATIRE.

Sumbangan boleh dibuat secara online menerusi borang dibawah:

 

LAGI

AMALKAN 15 ADAB MEMBACA AL-QURAN

ULAMA besar India, Maulana Muhammad Zakaria Kandhalawi mengibaratkan membaca al-Quran seperti masuk ke balai penghadapan raja, manakala tokoh sufi terkenal, Maulana Jalaluddin Rumi pula membuat analogi al-Quran ibarat pengantin yang hanya membuka niqabnya kepada individu yang berhak.

Begitulah gambaran kehebatan, keagungan dan kesucian ibadat membaca atau tilawah al-Quran hingga menunjukkan ia bukan amal biasa, sebaliknya perbuatan yang mempunyai adab dan tertib yang terbaik.

Maulana Muhammad menulis dalam kitabnya, Fadhail Amal: “Sesiapa yang pernah memasuki balai penghadapan raja dapat mengetahui daripada pengalamannya, manakala orang yang tidak pernah berbuat demikian dapat membayangkan kesan kehebatan titah diraja kepada hati.

“Al-Quran ialah perkataan Kekasih dan Pemerintah, maka kita perlu mengambil kira kedua-dua adab itu serentak,” tulisnya.

MAKLUMAT LANJUT/SUMBER: BERITA HARIAN

LAGI

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Bulan Ramadan adalah bulan sekalian orang Islam sibuk dalam memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa yang digandakan pahala oleh Allah SWT kepada pelaku ibadat sebagaimana juga digandakan dosa seseorang apabila melakukannya kerana berada di bulan yang mulia.

Shaykh Ibn Alan al-Syafie menyatakan dalam Syarah Riyadh al-Solihin, dosa seseorang tidak akan digandakan melainkan dia berada di bulan-bulan haram dalam Islam, bulan Ramadan berada di Makkah dan dia seorang yang dekat dengan Allah SWT. Antara ibadah yang dituntut untuk memperbanyakkan amalannya di bulan Ramadan ialah membaca al-Quran.

Bukan itu sahaja, bahkan Shaykh Abu Bakr Shatha menyebutkan dalam Hashiyah I'anah al-Thalibin bahawa dituntut sebagai sunat muakkad juga untuk bertadarus al-Quran dalam bulan Ramadan dengan dibacakan ayat kepada orang lain dan orang lain membacakan ayat kepadanya.

Selain itu, Imam Abdullah al-Haddad dalam Nasa'ih al-Diniyyah menjelaskan bacaan al-Quran merupakan ibadah yang paling afdal, cara mendekatkan diri kepada Allah SWT yang paling agung, ketaatan yang paling besar, pahalanya cukup besar dan mulia.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Fatir ayat 29-30 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah SWT, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi agar Allah SWT menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."

SUMBER: HARIAN METRO

LAGI

ADAB MENUNTUT ILMU

GURU umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Maksud peribahasa ini jelas menerangkan bahawa seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan.

Mengajar adalah salah satu pekerjaan yang paling mulia. Selain berkongsi ilmu, guru juga berperanan membentuk sahsiah para pelajar agar berguna untuk masyarakat.

Islam mengajar kita supaya menghormati guru sepertimana kita menghormati ibu bapa kerana guru umpama pengganti kedua orang tua ketika di sekolah ataupun di tempat-tempat menuntut ilmu. Ini kerana ilmu yang dituntut dengan adab yang baik adalah ilmu yang di dalamnya penuh dengan keberkatan.

 

SUMBER:SINARHARIAN

LAGI

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Antara kelebihan yang dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW bagi orang-orang yang menuntut ilmu ini, kami ingin datangkan sebuah hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim yang menceritakan di dalam sebahagian matannya akan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

LAGI

Image News
Image News
Image Banner